Fakulti Keilmuan Islam

      Fakulti Keilmuan Islam (FKI) ditubuhkan pada Jun 1994. Bermula dengan satu program diploma iaitu Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam, kini terus mengorak langkah maju ke hadapan dengan menambah lima lagi program iaitu Diploma Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia, Diploma Undang-Undang dan Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Syariah Islamiyyah dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat. Penubuhan program baru ini selaras dengan misi fakulti untuk melahirkan mahasiswa yang berwawasan serta memiliki ilmu yang mampu menjadikannya mahasiswa yang cemerlang dalam urusan duniawi dan ukhrawi. Fakulti ini juga telah berjaya melahirkan graduan yang berkemahiran dalam bidang pengurusan dan pentadbiran Islam serta pembangunan sumber manusia dan mampu bersaing untuk mendapatkan tempat dalam kerjaya sama ada dengan pihak kerajaan ataupun swasta serta mendapat tempat di universiti-universiti tempatan dan luar negara untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Mahasiswa/i Akademi Pengajian Islam sering didedahkan dengan pelbagai program sama ada dalam kampus ataupun luar kampus. Program-program ini penting sebagai latihan bagi mahasiswa/i dalam menghadapi cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi. Fakulti juga telah berjaya mendapatkan Pengiktirafan Perakuan Lembaga Akreditasi Negara (MQA) untuk semua program yang ditawarkan.

* Syarat dan Yuran Kemasukan Tertakluk Kepada Pindaan
* Mendapat Perakuan Dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

                                                                                                 Fakulti Keilmuan Islam
                                                                                          Kolej Universiti Islam Melaka,
                                                                     Batu 28, Kuala Sungai Baru,78200 Melaka, Malaysia
                                                    Tel : +606-3878391 Fax : +606-3877461  Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

         
  • Last Modified: Isnin 10 Disember 2018.

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan Pantas

Hubungi Kami

  Kolej Universiti Islam Melaka 
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 MelakaMalaysia. 
  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
+606-3878382
  +606-3878411

Kekal berhubung :