Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi

Fakulti Inovasi Perniagaan Dan Perakaunan ditubuhkan pada tahun 1994. Fakulti ini beroperasi di Kampus Utama, Kuala Sungai Baru, Melaka. Fakulti ini menyediakan program-program berorientasikan pengurusan dan perniagaan. Program yang menjadi perintis kepada fakulti ini adalah Diploma Pemasaran dan Diploma Perakaunan. Ini diikuti dengan penawaran program Diploma Sistem Maklumat Perniagaan dan Diploma Kewangan. Tiga program baru telah diperkenalkan iaitu Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dan Diploma Pengurusan Inovasi. Semua program diploma yang ditawarkan melibatkan 3 tahun pengajian manakala untuk program Ijazah Sarjana Muda ialah selama 4 tahun. Fakulti ini juga menyediakan fasiliti untuk sesi pengajaran dan pembelajaran seperti bilik kuliah berhawa dingin serta alat bantu mengajar. Terdapat 8 bilik seminar serta 5 dewan kuliah untuk kegunaan mahasiswa/i. Pengetahuan yang diterapkan melalui subjek-subjek yang ditawarkan bagi setiap program adalah bertepatan dengan peredaran masa dan secara tidak langsung menyediakan mahasiswa/i untuk pasaran kerja masa kini. Graduan-graduan Fakulti Inovasi Perniagaan Dan Perakaunan telahpun berjaya melanjutkan pengajian mereka di universiti awam dan mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta.

* Syarat dan Yuran Kemasukan Tertakluk Kepada Pindaan
* Mendapat Perakuan Dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)


Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan

Kolej Universiti Islam Melaka,
Batu 28, Kuala Sungai Baru,78200 Melaka, Malaysia
Tel : +606-3878341  Fax : +606-3878476  Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

         
  • Last Modified: Isnin 10 Disember 2018.

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan Pantas

Hubungi Kami

  Kolej Universiti Islam Melaka 
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 MelakaMalaysia. 
  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
+606-3878382
  +606-3878411

Kekal berhubung :