Rasional Logo

DEFINISI LOGO
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
 
  • Bentuk Al-Quran di atas rehal adalah melambangkan asas-asas pengajaran yang berpandukan kitab Al-Quran kerana segala ilmu pengetahuan terdapat di dalamnya.
  • Rehal melambangkan wadah atau tempat di mana Kolej Universiti menyediakan segala kemudahan pendidikan dari segi pengajaran dan pembelajaran.
  • Lambang geometri Islam berbucu lapan yang digunapakai secara global menunjukkan komitmen KUIM untuk mencapai kompetensi yang patut dicapai oleh pelajar apabila selesai mengikuti satu program pengajian. Ianya menepati lapan dominan hasil pembelajaran yang dikehendaki oleh Agensi Kelayakan Malaysia.
  • “Mortar board” melambangkan KUIM sentiasa mengutamakan kecemerlangan ilmu yang disampaikan.
  • Pencahayaan yang melatarbelakangkan “Mortar board” melambangkan komitmen KUIM dalam melahirkan modal insan yang membawa keperibadian yang sempurna dan berwibawa.
  • Bentuk dimensional yang mengapit geometri Islam berbucu lapan, melambangkan komitmen KUIM menuju puncak tertinggi di dalam bidang pendidikan. Ia juga membawa maksud pengabdian kepada Yang Maha Esa dalam segala aspek kehidupan.
  • Tulisan Jawi dan Rumi yang tidak mempunyai bingkai sempadan membawa maksud komitmen KUIM untuk melepasi apa jua garis sempadan dalam mencapai visi melahirkan modal insan yang dapat memenuhi semua keperluan semasa dan pendidikan sepanjang hayat.
  • Perkataan “KUIM” dibawah rehal, yang berbentuk lurus dan tegak membawa maksud ketegasan KUIM melahirkan produk-produk pendidikan yang berkualiti dan berkarisma, akronim kepada Kolej Universiti Islam Melaka.
  • Empat warna digunakan di dalam logo iaitu:-
  1. Warna Magenta adalah warna rasmi Kolej Universiti Islam Melaka yang membawa maksud berani, dinamik, bersatu padu, efisien dan intelektual.
  2. Warna Kuning melambangkan keagungan dan kedaulatan Kolej Universiti Islam Melaka.
  3. Warna Putih melambangkan kemurnian dan kesucian agama Islam yang menjadi teras sistem pendidikan Kolej Universiti Islam Melaka.
  4. Warna Hitam yang digunakan sebagai sempadan, membawa maksud pengawalan mutu pendidikan yang ingin dilahirkan oleh Kolej Universiti Islam Melaka.

 

         
  • Last Modified: Isnin 10 Disember 2018.

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan Pantas

Hubungi Kami

  Kolej Universiti Islam Melaka 
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 MelakaMalaysia. 
  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
+606-3878382
  +606-3878411

Kekal berhubung :