Piagam Pelanggan

Bil

Piagam Pelanggan  
1

Unit Pentadbiran Am dan Latihan

 
  1.

Memastikan setiap staf mendapat latihan sekurang-kurangnya 3 kali setahun

 
  2.

Memberi respon kepada semua jenis pertanyaan dan aduan dalam 3 hari bekerja

 
  3.

Permohonan kebenaran menghadiri kursus diproses dalam tempoh 7 hari bekerja

 
     
2 Unit Pengangkutan  
  1.

Memproses semua permohonan kenderaan dalam tempoh 1 minggu bagi destinasi dalam Melaka dan 2 minggu bagi destinasi luar Melaka dari tarikh permohonan  
  2.
Memastikan buku log perjalanan kenderaan diperiksa 1 kali setiap minggu  
  3.

Menyelesaikan semua masalah kerosakan kenderaan dalam tempoh 1 minggu dari tarikh laporan  
  4. Memastikan kebajikan semua pemandu terjamin dan terjaga  
     
3 Unit Keselamatan  
  1. Menjaga dan mengawal semua pintu keluar dan masuk kampus  
  2. Menjaga, mengawal dan memelihara keselamatan nyawa / bangunan / harta benda  
  3. Menguatkuasakan peraturan-peraturan mengikut ketetapan KUIM  
  4. Menyedia, memproses dan menguatkuasakan penggunaan pelekat kenderaan KUIM  
     
4 Unit Teknologi Maklumat  
  1.
Memberikan maklumbalas kepada setiap aduan yang diterima dalam tempoh (2) hari bekerja
 
  2.

Menyelesaikan aduan yang diterima dalam tempoh (3) hari bekerja kecuali yang melibatkan perolehan alat ganti dan perkhidmatan pembekal  
     
5 Unit Perhubungan Pelanggan  
  1.

Mewujudkan jalinan komunikasi yang mesra dan telus antara semua warga KUIM dan masyarakat setiap masa  
  2.

Memberi layanan yang mesra dan terbaik kepada semua tetamu dan pelawat pada bila-bila masa  
  3.

Menyebar dan menyampaikan maklumat secara tepat bagi semua aktiviti - aktiviti KUIM dalam tempoh 3 hari bekerja  
       
6 Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa  
  1.

Memastikan proses pendaftaran akademik setiap mahasiswa baru adalah dalam tempoh 10 minit  
  2. Mengemaskini rekod pelajar dalam tempoh 24jam selepas mendaftar  
  3. Menyelenggara fail peribadi pelajar secara berterusan setiap semester  
  4. Mengeluarkan surat keputusan tatatertib dalam tempoh 7 hari selepas perbicaraan selesai  
  5.

Mempamerkan jadual sebenar peperiksaan akhir selewat-lewatnya dua minggu sebelum minggu peperiksaan berlangsung  
  6.

Mempersiapkan Dewan Peperiksaan selewat-lewatnya dua minggu sebelum minggu peperiksaan berlangsung.  
  7. Penyediaan dokumen MQA 01 dan 02 dalam tempoh 1 bulan  
  8. Maklumbalas laporan dari panel MQA dalam tempoh 14 hari  
  9. Berusaha memastikan keputusan peperiksaan akhir semester 90% mendapat lulus penuh  
       
7 Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni  
  1. Memberi perkhidmatan dan layanan yang efisyen, cepat dan berkualiti sepanjang masa  
  2.

Memberi layanan dan perkhidmatan kaunter dengan mesra, cekap dan berhemah kepada pelanggan  
  3. Responsif dan peka kepada keperluan dan kebajikan mahasiswa  
  4.

Menyediakan program-program kepada mahasiswa untuk peningkatan sahsiah dan kepimpinan mahasiswa  
  5.

Mengurus dan membimbing persatuan mahasiswa agar aktiviti mahasiswa mencapai visi dan misi KUIM  
       
8 Bahagian Kewangan  
  1.

Unit Akaun

 
   
  • Menyediakan Bajet Mengurus Tahunan dan mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Agihan peruntukan tahunan akan dimaklumkan kepada setiap Unit/Jabatan sebelum atau pada minggu pertama setiap tahun.
 
   
  • Mengemukakan Penyata Kewangan yang muktamad bagi tahun berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Juruaudit dan membentangkan Penyata Kewangan tersebut di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
 
  2 Unit Pinjaman dan Biasiswa  
   
  • Memberikan penerangan dan penjelasan mengenai sebarang kemusykilan berkaitan pinjaman/biasiswa.
 
   
  • Menguruskan permohonan dan bayaran pinjaman/biasiswa pelajar mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penaja.
 
  3

Unit Perolehan

 
   
  • Mengeluarkan Pesanan Unit/Jabatan untuk permohonan perolehan sama ada melalui Tender/ Sebutharga Rasmi/ Pembelian Terus dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan perolehan dan permohonan yang lengkap.
 
  4

Unit Hasil

 
   
  • Memberikan perkhidmatan kaunter yang terbaik, cekap serta kebolehmampuan memberi penerangan yang jelas, tepat dan mencukupi kepada pelanggan-pelanggan.
 
       
    Semua cadangan dan aduan rasmi yang diterima akan diambil maklumbalas dan tindakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh cadangan dan aduan diterima.  
     Statistik Perkhidmatan Atas Talian  
         
  • Last Modified: Jumaat 27 November 2020.

Hyperlink Gov

          

Pautan Pantas

Hubungi Kami

  Kolej Universiti Islam Melaka 
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 MelakaMalaysia. 
  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
+606-3878382
  +606-3878411

Kekal berhubung :