Graduan Phd Pertama

 

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob merupakan graduan sulung Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang berjaya menerima penganugerahan berprestij itu sempena Istiadat Konvokesyen KUIM kali ke-21 yang diadakan pada 30 September dan 1 Oktober 2017 yang lalu.

Beliau yang berjaya memfokuskan kajiannya dalam bidang sejarah berkisar kepada Kesultanan Melayu Melaka dengan tajuk “Kebijaksaan Pemerintah Melaka” di bawah seliaan Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali sebagai penyelia utama dan Profesor Datuk Dr. Haji Mohd Taib bin Haji Dora sebagai penyelia bersama. Bagi memantapkan kajian, beliau telah menjalankan penyelidikan ke Turki, China dan Eropah untuk mendapatkan sumber-sumber primer bagi memantapkan tesis kedoktoran beliau.

Sepanjang pengajian beliau sebagai seorang graduan Ijazah Kedoktoran KUIM, beliau telah melalui proses lazim Pengajian Tinggi yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Secara dasarnya, beliau telah melalui prosedur pembentangan-pembentangan tajuk kajian (proposal defense), pembentangan kemajuan kajian (candidature defense), pra peperiksaan lisan (pre-viva) dan peperiksaan lisan (Viva Voce). Lebih mengagumkan, semasa beliau membentangkan hasil penyelidikan dalam Viva Voce ini, ianya telah dihadiri oleh panel MQA (Malaysia Qualification Agency) serta barisan pemeriksa luar dan dalam yang telah dilantik oleh pihak universiti.

Beliau telah berjaya membentangkan hasil kajiannya dengan begitu hebat dan cemerlang. Pencapaian membanggakan ini adalah merupakan kejayaan yang sangat bermakna kepada pihak KUIM secara amnya kerana komited melahirkan seorang graduan pertama pada peringkat Ijazah Doktor Falsafah lebih-lebih lagi beliau adalah seorang pembesar negeri.

         
  • Last Modified: Isnin 10 Disember 2018.

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan Pantas

Hubungi Kami

  Kolej Universiti Islam Melaka 
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 MelakaMalaysia. 
  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
+606-3878382
  +606-3878411

Kekal berhubung :