KUIM Ke Arah Universiti Penuh

Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka telah meluluskan penubuhan Kolej Islam Melaka (KIM) di bawah Enakmen Kolej Islam Melaka pada 4 dan 5 Mei 1994. Seramai 44 orang pelajar telah ditawarkan untuk mengikuti kursus Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam serta Diploma Pemasaran sebagai pelajar ambilan sulung pada 3 September 1994 dengan KIM mempunyai kekuatan staf akademik seramai 8 orang pada masa itu. Majlis Konvokesyen yang pertama telah diadakan di Masjid Al-Azim dan seramai 44 orang pelajar telah bergraduat.

Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Melaka Bil. 29/2001 telah bersetuju untuk menaiktaraf nama Kolej Islam Melaka ke Kolej Teknologi Islam Melaka (KTIM) iaitu sebuah syarikat berhad mengikut jaminan. Pada 7 Oktober 2005, Pendaftar Institut Pendidikan Tinggi Swasta telah meluluskan pertukaran nama KTIM kepada Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM). Pada Julai 2009, KTIAM telah dinaiktaraf kepada Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Sejak penubuhannya, KUIM telah melahirkan 12,950 graduan di dalam pelbagai bidang disiplin. Dengan kekuatan staf seramai 326 orang yang mana 194 darinya adalah pensyarah di dalam pelbagai bidang, maka KUIM ingin mengorak langkah untuk dinaiktaraf menjadi Universiti Islam swasta pertama di Malaysia.

Melalui saranan daripada Kerajaan Negeri, KUIM sedang mengorak langkah untuk terus maju dan mencapai taraf universiti penuh dalam tempoh yang terdekat. Pelbagai usaha jitu dan persediaan yang rapi telah dirancang agar usaha murni ini terus membuahkan hasil dan memberikan impak yang bermakna kepada segenap warga KUIM. Dengan  kekuatan niche-areanya dalam bidang psikologi, KUIM merupakan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang pertama di Malaysia yang membangunkan pengajian yang memfokuskan bidang psikologi di peringkat Ijazah sebagai intervensi mengurangkan permasalahan psikologi dalam kalangan individu dan komuniti di samping memenuhi permintaan tenaga kerja di pelbagai sektor awam dan swasta.

Dengan prestasi dan pencapaian KUIM yang sangat membanggakan, seluruh warga KUIM tidak kira di peringkat pengurusan tertinggi, barisan pensyarah, kakitangan pentadbiran dan sokongan bertekad dan terus komited dalam usaha menjadikan KUIM sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf antarabangsa dan terbilang di peringkat perdana dan global.



         
  • Last Modified: Isnin 10 Disember 2018.

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan Pantas

Hubungi Kami

  Kolej Universiti Islam Melaka 
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 MelakaMalaysia. 
  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
+606-3878382
  +606-3878411

Kekal berhubung :